BACK TO
STORY

Ketangkasan Sebenar XDV 250i & Project X

Izzu
February 10, 2023
5 min read
XDV 250i

Pasaran skuter adventure di Malaysia nampaknya semakin meriah apabila MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan skuter adventure bersesaran 250 cc, WMOTO XDV 250i 2023 ke pasaran tempatan secara rasmi pada hari ini. Harus tahu bahawa jentera berkenaan adalah model rebadge Longjia XDV 250Si yang sudahpun dijual di China. Skuter tersebut hadir dalam varian iaitu Standard dan Project X. Perbezaannya ialah varian Project X dipasang dengan kotak penyimpanan barang, rim lidi dan visor lebih tinggi. Varian Standard ditawarkan pada harga RM18,888 manakala Project X berharga RM21,888 seunit.

XDV 250i
XDV 250i

ENJIN 244CC

XDV 250i
Enjin 244cc menggunakan 4-injap dan disokong oleh SOHC untuk memberikan lebih kuasa secara keseluruhan sambil menawarkan kuasa maksimum 24.8HP pada 8,750rpm dan 23.0Nm tork pada 6,750rpm.

SISTEM BREK ANTI-KUNCI (ABS) DWI SALURAN

XDV 250i
Memberikan pelindungan yang optimum dengan sistem ABS dwi saluran untuk keselamatan yang maksimum semasa membrek kecemasan.

FORK HADAPAN TERBALIK

XDV 250i
Begitu mampu dalam menawarkan untuk menyerap dan mengurangkan getaran lebih baik, sekali gus meningkatkan kelancaran pengendalian tunggangan.

PENYERAP KEJUTAN KYB

XDV 250i
Direka khas terutamanya untuk kegunaan pengembaraan dan penyerapan kejutan yang lebih baik.

SKRIN PAPARAN LCD

XDV 250i
Menampilkan maklumat yang diperlukan dengan mudah,cepat dan tepat.

SISTEM KUNCI PINTAR

XDV 250i
Sistem tanpa kunci yang jauh lebih memudahkan serta memberikan kelebihan dari segi keselamatan.

PORT PENGECAS USB

XDV 250i
Membantu ada mengecas gajet anda bila-bila masa sahaja semasa menunggang.

PENYAMBUNG KUASA 12V10A

XDV 250i
Boleh disambung ke peralatan apa pun.

LAMPU DEPAN LED

XDV 250i
Menerangi jalan dengan baik dan sangat jelas terutamanya ketika meunggang di waktu malam.

LAMPU BELAKANG YANG BERGAYA

XDV 250i
Rekaan yang moden tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Ianya turut membantu pengguna Jalan raya yang lain sedar akan keberadaan anda.

TANGKI MINYAK 13.5-LITER

XDV 250i
Menikmati perjalanan jauh anda tanpa perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak.

LAMPU SUIS

XDV 250i
Memudahkan para penunggang untuk mencari butang atau suis ketika menunggang dalam keadaan yang gelap.

DWI PAIP EKZOS

XDV 250i
Rekaan dan aliran yang lebih bersudut dan unik, memberikan ngauman bunyi ekzos yang menarik.

BUTANG TEMPAT DUDUK

XDV 250i
Membuka kunci tempat duduk dengan menekan pada butang tempat duduk di unit suis pemegang sebebelah kanan.

RUANG SIMPANAN SISI KIRI DAN KANAN

XDV 250i
Ruang simpanan di hadapan memudahkan anda untuk menyimpan barangan peribadi ketika menunggang.

PAD ANTI-GELINCIR

XDV 250i
Menyediakan cengkaman tambahan semasa penunggang meletakkan kaki untuk elak dari tergelincir.

HENDAL ALUMINIUM BOLEH LARAS

XDV 250i
Hendal yang boleh dilaras membenarkan para penunggang untuk mendapatkan posisi tunggangan yang selesa.

RUANG SIMPANAN 26-LITER

XDV 250i
Cukup luas untuk menempatkan sebuah helmet muka-penuh dan barangan peribadi anda.

CERMIN PENGHADANG ANGIN BOLEH LARAS

XDV 250i
Penunggang boleh melaraskannya mengikut citarasa dan keselesaaan mereka.

RIM CAST

XDV 250i
Lebih ringan tetapi memilik kekuatan yang mencukupi

RIM JEJARI TANPA TIUB (XDV250I PROJECT X SAHAJA)

XDV 250i - X Project
Lebih lentur, fleksibel dan mampu mengambil hentakan yang agak kuat dan membenarkan penunggang untuk melalui laluan yang lasak.

CERMIN PENGHADANG ANGIN LEBIH TINGGI (XDV250I PROJECT X SAHAJA)

XDV 250i - X Project
Memberikan pelindungan angin yang ideal kepada penunggang serta penumpang

KOTAK SIMPANAN MOTOSIKAL SISI DAN BELAKANG (XDV250I PROJECT X SAHAJA)

XDV 250i - X Project
Tiga set kotak simpanan yang memberikan lebih ruang kepada penunggang untuk menyimpan barangan peribadi mereka terutamanya ketika berjalan jauh atau mengembara.
Share this post

SOON HIN COMPANY LATEST PROMO

SHOPEE

So why wait? Visit our official Shopee store today and experience the convenience and quality we have to offer. We can't wait to serve you and provide you with the ultimate shopping experience!Thank you for your continued support.

Subscribe
Join our newsletter to stay up to date on features and releases.
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.